Monday, May 28, 2012

Mencari keberkatan -Mu

Assalammualiakum...

Cewahhh tajuk entri.. skema plak.. Lama dah x update.. Selalu idea datang masa cik Jana xde kelapangan waktu. Bile cik Jana xde apa nak buat, xde plak idea come2 masuk kepala... 

Sekarang ni dah masuk bulan rejab.. Mungkin agak terlewat jugak la untuk cik Jana ucapkan tapi nak ucap jugak.. "Selamat Datang Rejab Si Bulan Taubat"... Memang dalam shortlist azam cik Jana dah niat nak buat puasa sunat pada bulan rejab dan syaaban memandangkan puasa ganti telah selamat dilunaskan huhuhu!!! 




So bila niat sudah ke arah itu, maka nak la jugak kongsi antara amalan sunat yang boleh dilakukan..


* Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan        Allah SWT


* Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah SWT


* Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan akan dijauhkan dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari diseksa di akhirat dan fitnah dajjal


Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah swt 7 pintu neraka jahanam baginya


* Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka ia akan dibuka oleh Allah swt 8 pintu syurga baginya 
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan diperkenankan oleh Allah swt hayat dan permintaannya


Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah swt akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda


Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan oleh Allah swt 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan
Diriwayatkan Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Ummah, Sabda nabi Muhammad (S.A.W.) "Lima malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa diawal Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha".
Oleh kerana itu, kita dianjurkan supaya:

  • Berpuasa sunat pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al Baqarah)
  • Berpuasa sunat pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us shaghiir).
  • Mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam pada malam 15 dan 27 Rejab. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah salah satu surah. Sesudah salam terakhir bacalah: 
"Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallahu Wallahuakhbar" Sebanyak 100 kali, dan Beristighfar sebanyak 100 kali..
"Barangsiapa berpuasa satu hari di bulan Rejab, seolah-olah dia berpuasa 1000 tahun, dan seolah-olah memerdekakan 1000 hamba sahaya, sesiapa bersedekah 1000 dinar, dan dicatat tiap-tiap rambut dan bulu yang terdapat dibadannya 1000 kebajikan, dan diangkat darjatnya 1000 darjat, dihapuskan daripadanya 1000 kejahatan dan dicatat juga ia bersedekah itu beroleh ganjaran 10 kali ganjaran haji dan umrah, serta didirikan baginya gedung di syurga". (Salman Alfarisy)

Bersabda Rasulullah S.A.W maksudnya " Rejab adalah bulan Allah swt, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Jom kita beramal...

No comments: