Tuesday, July 30, 2013

Cinta Kau dan Aku

Bunga-bunga yang bertaburan
Alam ibarat meraihkan
Luhurnya satu percintaan
Bagaikan telah ditakdirkan
Namun cinta kau dan cinta ku
Banyak halangan datang bertamu
Mampukah ditempuh satu persatu
Terdayakah menahan onak beribu
Hatiku semakin terluka
Bila setiaku kau permainkan
Mengapa harus sengsara
Bila cinta dalam genggaman
Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Tunjukkan jalan yang terang
Untukkui
Tiap cinta ada cerita
Penuh onak ranjau yang berliku
Ku tabah ku harungi jua
Dugaan cinta kau dan aku
Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
Kembalikan dia… kepadaku
Kepadaku
Pesanan utk diri:
Inilah perjalanan hidupku, Allah swt yang letakkan aku disini. Semua ini perancangan Allah swt. Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya dan aku terima Qada' dan Qadar diriku..
Sesungguhnya setiap sesuatu ada hikmahnya... Terima kasih Allah swt kerana kasih sayangMu.

No comments: